KESEMUA 10 pemain dan jurulatih, Bazalar sedang menjalani kuarantin di hotel. FOTO Agensi
KESEMUA 10 pemain dan jurulatih, Bazalar sedang menjalani kuarantin di hotel. FOTO Agensi
AFP

SEORANG jurulatih dan 10 pemain dari sebuah pasukan bola sepak Peru diuji positif Covid-19 dan sepatutnya menaiki penerbangan kemanusiaan, jelas menteri kesihatan semalam.

Kesemua 11 ahli pasukan divisyen tiga Credicoop San Roman ditempatkan di hotel di bandar tenggara Juliaca, berdekatan Lake Titicaca untuk tujuan kuarantin.

Mereka sepatutnya melakukan penerbangan dari Juliaca, tempat pangkala mereka untuk menuju ke ibu kota, Lima.

"Sebanyak 66 ujian Covid-19 dilakukan, denga 12 menunjukkan positif dan 11 orang dari mereka adalah dari pasukan bola sepak," kaya kementerian berkenaan dalam satu kenyataan.

Salah seorang dari mereka ialah jurulatih berusia 52 tahun, Juan Carlos Bazalar, bekas pemain kelab gergasi Peru, Universitario de Deportes dan Alianza Lima.

"Kami diasingkan dan bersedia untuk kuarantin selama dua minggu mengikut protokol yang dikehendaki," kata Bazalar, yang pernah meraih kejuaraan Copa Sudamericana.

Ini adalah kes pertama membabitkan pasukan bola sepak di Peru yang dijangkiti Covid-19.

Saingan bola sepak di negara berkenaan ditangguhkan sejak 11 Mac dan Peru adalah negara kedua mencatat kes terburuk di Amerika Selatan namun dari segi kematian mereka paling tinggi dalam kalangan benua berkenaan iaitu lebih 3,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 4:59 PM