WOODS bersedia untuk memulakan saingan Jelajah PGA. FOTO AFP
WOODS bersedia untuk memulakan saingan Jelajah PGA. FOTO AFP
AFP

TIGER Woods berkata walaupun pembedahan bahagian belakangnya tidak mampu untuk menjadi sempurna seperti dulu tapi ia bukan penghalang terus kekal sihat dan bersedia apabila Jelajah PGA membuka tirai.

Woods, 44, berkata, dia berjaya menggunakan waktu ketika pandemik Covid-19 untuk memastikan dirinya berada pada tahap terbaik walaupun saingan golf musim ini berdepan kesukaran.

"Ia akan menjadi lebih menarik. Saya cuba untuk berada di puncak prestasi di beberapa kejohanan utama pada April, Mei, Jun dan Julai serta selamanya. Sekarang Covid-19 mengubah segalanya," kata Woods selepas aksi perlawanan amal di Florida semalam.

Ditanya mengenai keadaan belakangnya dari sekali satu ke-10, Woods mengakui ia masih lagi 10 tapi tidak seperti dulu.

Bintang PGA, Woods dan Phil Mickelson bersama dua legenda quaterback NFL, Peyton Manning dan Tom Brady beraksi dalam perlawanan amal yang berjaya mengutip dana sebanyak AS$20 juta (RM87 juta) bagi tujuan bantuan memerangi Covid-19.

Perlawanan amal itu adalah kejohanan pertama kompetitif buat Woofs sejak beraksi di Genesis Invitational 16 Februari lalu, di mana dia menduduki tempat ke-68 di Riviera Country Club.

Dia berkata, tahap kesihatannya sekarang sangat mengejutkan walaupun dia tidak lagi melakukan latihan keras seperti biasa.

"Ia sangat menyeronokkan berlatih di rumah dan setiap hari. Saya menjalani rawatan dan kembali melakukan rutin asas seperti kebiasaan.

"Dengan apa yang berlaku sekarang, kita harus sentiasa berhati-hati dan cuba kekal berada di rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 3:06 PM