X
Philippe Coutinho
Philippe Coutinho
Agensi

BOS Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan mengarahkan pegawai kelab berkenaan melakukan perbincangan lanjut bersama wakil pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho.

Di sebalik kempen cemerlang selepas dipinjamkan di Bayern Munich, Coutinho akan kembali ke kelab asalnya semula pada 2020 dengan masa depan yang belum pasti.

Sekalipun gergasi Catalan berhasrat menjual pemain kebangsaan Brazil itu, sukar dipastikan sama ada terdapat kebenaran dalam rundingan yang sesuai dengan kelab lain.

Bagaimanapun, menurut Le 10 Sport, Arsenal sedang mencari penyelesaian positif bagi semua pihak menjelang jendela perpindahan akan datang.

Laporan mendakwa sekurang-kurangnya seorang pemain yang mempunyai ranking tinggi bertindak di belakang tabir akan menjalankan perbincangan bersama wakil Coutinho, Kia Joorabchian.

Manchester United, Chelsea, Everton dan Newcastle United turut dikaitkan mahu mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 11:12 PM