X
Hakimi Ismail
Hakimi Ismail
Aida Adilah Mat


ATLET olahraga negara, Hakimi Ismail perlu mencari tempat yang selamat untuk kembali meneruskan latihan apabila Kementerian Belia dan Sukan (KSB) hanya membenarkan atlet di bawah program Road To Tokyo (RTT) berlatih terlebih dahulu.

Dia yang tidak berada dalam program berkenan namun masih berusaha untuk layak perlu memikirkan tempat yang sesuai untuk kembali berlatih berikutan kes Covid-19 di Malaysia masih belum dapat di bendung.

Biarpun mengakui ada sedikit kebimbangan berhubung tahap keselamatan, latihan perlu diteruskan seperti biasa kerana kejohanan olahraga akan memulakan pertandingan yang menawarkan mata ke Olimpik bermula Disember ini.

Justeru Hakimi berkata, dia perlu turun menjalani latihan seperti biasa selepas hanya berlatih sekali iaitu pada sebelah malam sepanjang Ramadan yang lalu.

Hakimi yang mendapat bimbingan Teddy Tamgho berpeluang memenuhi impiannya untuk beraksi di temasya sukan terbesar itu selepas badan olahraga dunia (WA) memperkenalkan sistem ranking yang mana dia perlu berada dalam kelompok 32 terbaik dunia atau perlu melepasi 17.14 meter untuk layak secara merit.

Catatan terbaik pemegang rekod kebangsaan itu dari Perak itu adalah 16.77m.

Buat masa ini, atlet berusia 29 tahun itu mengharapkan kejohanan seperti Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia Dalam Dewan bagi memecahkan rekod menjadi atlet olahraga pertama yang layak ke Olimpik Tokyo.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2020 @ 11:21 PM