KEADAAN gelanggang tenis Philippe-Chatrier dengan bumbung baharu di Roland Garros, Paris. FOTO Agensi
KEADAAN gelanggang tenis Philippe-Chatrier dengan bumbung baharu di Roland Garros, Paris. FOTO Agensi
AFP

KETUA Roland Garros menegaskan Terbuka Perancis yang ditunda ke September susulan pandemik koronavirus akan menyaksikan kehadiran penonton tetapi mereka perlu mematuhi garis panduan penjarakan sosial.

Grand Slam tanah liat itu sepatutnya berlangsung minggu ini ditangguhkan empat bulan akibat wabak itu.

Bagaimanapun, kejohanan yang dijadualkan pada 20 September tampak bakal dilangsungkan dalam gelanggang tertutup selepas penonton dibenarkan menebus tiket mereka awal bulan ini.

"Pada musim luruh, Roland Garros akan berlangsung dengan kehadiran penonton yang optima bagi membolehkan mereka mematuhi penjarakan sosial," kata Jean-Francois Vilotte, Pengarah Urusan Persekutuan Tenis Perancis (FFT).

FFT bekerjasama dengan Kementerian Sukan dan Perhubungan Luar selain pegawai Roland Garros dan pihak kesihatan bagi memastikan kejohanan itu dapat dilangsungkan.

"Matlamatnya adalah kehadiran penonton tetapi kami mempunyai kapasiti menganjurkan Roland Garros walau apapun keputusan diambil termasuk dilangsungkan secara tertutup. "Kami akan menetapkan tarikh akhir (jualan semula tiket)...tetapi anda akan tahu," kata Vilotte. Ia pasti menjadi kejohanan paling dinantikan."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 3:03 PM