Sumareh (kanan) dan Matthew Davies turut bergandingan dalam skuad kebangsaan.
Sumareh (kanan) dan Matthew Davies turut bergandingan dalam skuad kebangsaan.
Syazwan Msar


TONGGAK naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh bakal memperkuatkan barisan kesebelasan utama Johor Darul Ta'zim (JDT) ?

Persoalan itu timbul apabila melihat situasi 'mesra' pemain sayap Pahang itu dengan pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Instagram Sumareh.

Perbualan di antara kedua-dua individu berkenaan mengundang komen netizen yang kebanyakannya menyokong jika Sumareh berhijrah ke JDT pada masa akan datang.

Sumareh dilihat berkongsi gambar jentera mewah dipercayai Mercedes A-Class Hatchback semalam namun kedua-duanya berbalas komen antara satu sama lain.

Tunku Ismail sempat meninggalkan komen di hantaran terbabit apabila beliau menulis 'haha' yang disertakan emoji penumbuk dan emoji hati berwarna biru dan merah yang sememangnya lazim dengan warna pasukan Harimau Selatan.

Sumareh membalas komen terbabit sambil tertawa dan mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismail.

Segala kemungkinan boleh berlaku terutama rakan baiknya Matthew Davies sudah berhijrah ke pasukan selatan tanah air itu sekali gus mahu berganding kembali dengan pemain kacukan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2020 @ 7:52 PM