X
HAVERTZ (kiri) diberi ucapan tahniah oleh rakan sepasukan. FOTO AFP
HAVERTZ (kiri) diberi ucapan tahniah oleh rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

PEMAIN muda Kai Havertz mencipta satu lagi rekod Bundesliga selepas menjaringkan gol kemenangan 1-0 di Freiburg awal pagi tadi sekali gus melonjakkan Bayer Leverkusen ke tangga ketiga liga.

Havertz, 20, muncul pemain pertama Bundesliga yang menjaringkan 35 gol sebelum berusia 21 tahun lapan minit selepas dia yang mendapat hantaran daripada Leon Bailey menolak bola masuk pada babak kedua.

Havertz juga sebelum ini menjadi pemain termuda mencipta penampilan ke-50 dan 100 dalam liga utama negara itu selain pemain termuda Leverkusen yang menjaringkan gol pada 2017.

Jaringan Havertz itu yang kelimanya dalam empat perlawanan sejak Bundesliga kembali bersambung selepas berehat panjang susulan pandemik koronavirus dan membantu Leverkusen memintas RB Leipzig dengan satu mata.

Mereka juga tiga mata di depan Borussia Moenchengladbach di tangga kelima yang akan menentang Union Berlin esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 6:54 AM