X
AKSI Fury (kiri) membelasah Wilder pada Februari lalu. FOTO Agensi
AKSI Fury (kiri) membelasah Wilder pada Februari lalu. FOTO Agensi
Agensi

TYSON Fury memperolehi £46 juta (RM246 juta) tahun lalu untuk muncul atlet sukan tempur paling kaya di dunia.

Juara dunia heavyweight itu beraksi tiga pertarungan dalam masa 12 bulan terakhir dengan yang terkini menewaskan Deontay Wilder pada aksi ulangan Februari lalu.

Fury mengaut £40 juta (RM214 juta) hasil hadiah wang kemenangan dan baki pendapatannya menerusi penajaan.

Petinju Britain itu menduduki ranking ke-11 dalam senarai ahli sukan berpendapatan paling tinggi di dunia dikeluarkan Forbes, lima tangga di atas Conor McGregor dan lapan di hadapan Joshua.

Wilder pula menduduki ranking ke-20 dan berpeluang merampas gelaran dunia apabila menentang Fury buat kali ketiga tahun ini.

Bekas juara dunia UFC dari Ireland, McGregor hanya sekali bertarung sejak 2018 ketika menewaskan Donald Cerrone dalam masa 40 saat pada Januari lalu.

Dia meraih £26 juta (RM139 juta) daripada pertarungan itu dan £13 juta (RM69 juta) hasil penajaan, £1 juta (RM5.36 juta) lebih mengatasi Joshua.

Petinju Britain itu tewas tetapi merampas semula gelaran heavyweight dunia tahun lalu apabila kalah kepada Andy Ruiz Jr di New York sebelum menewaskan lawan dari Amerika itu di Arab Saudi pada Disember lalu.

Joshua meraih £38 juta (RM204j) hasil wang kemenangan dan £9 juta (RM48 juta) lagi menerusi penajaan dan periklanan.

Senarai atlet paling kaya dikeluarkan Forbes menyaksikan superstar tenis Switzerland, Roger Federer mengungguli carta buat kali pertama dengan meraih £86 juta (RM461j) memintas Cristiano Ronaldo (£85j) and Lionel Messi (£84j).

Bintang Paris Saint-Germain dan Brazil, Neymar di tangga keempat manakala legenda bola keranjang, LeBron James di tempat kelima.

Stephen Curry, Kevin Durrant (kedua-duanya bola keranjang), Tiger Woods, Kirk Cousins and Carson Wentz (kedua-duanya pemain bola sepak Amerika) menduduki kelompok 10 teratas.

Selepas Wilder, petinju paling kaya ialah Canelo Alvarez yang mengaut £30 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 11:29 AM