X
TATU kartun di pergelangan tangan Sancho. FOTO Agensi
TATU kartun di pergelangan tangan Sancho. FOTO Agensi
Agensi

JADON Sancho mendedahkan minatnya terhadap kartun The Simpsons selepas bintang England itu mengabadikan watak kartun itu di tatu pada pergelangan tangannya.

Ia dapat dilihat ketika pemain sayap Borussia Dortmund itu menjalani latihan bersama rakan sepasukannya, semalam.

Tatu yang baru direka di pergelangan tangan kanannya itu menunjukkan watak Homer dan Marge sedang menari.

Kali pertama ditayangkan pada 1989, The Simpsons menjadi fenomena dan ditayangkan sebanyak 681 episod.

Sancho juga mempunyai tatu watak kartun Sonic the Hedgehog selain tatu yang diabadikan sebagai tanda penghormatan kepada adiknya yang meninggal dunia ketika bintang England itu berusia lima tahun.

Sancho menjadi watak penting kepada Dortmund pada musim ini dan juga menjadi sasaran Manchester United, City, Chelsea dan Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 9:57 PM