SELAIN jam tangan Mille bernilai £230,000 (RM1.2 juta), bintang Manchester City itu juga kehilangan Roley Daytona, £40,000 (RM214,000) dan Rolex Day Date £35,000 (RM187,000). FOTO Agensi
SELAIN jam tangan Mille bernilai £230,000 (RM1.2 juta), bintang Manchester City itu juga kehilangan Roley Daytona, £40,000 (RM214,000) dan Rolex Day Date £35,000 (RM187,000). FOTO Agensi
Agensi

BINTANG Manchester City, Riyad Mahrez kehilangan tiga utas jam tangan mewah bernilai £500,000 (RM2.6 juta) apabila 'penthouse' miliknya dipecah masuk.

Antara jam tangan yang hilang ialah jenama, Richard Mille yang hampir sama dengan bintang England, Dele Alli ketika pencuri bersenjatakan pisau memasuki rumahnya dua minggu lalu.

Selain jam tangan Mille bernilai £230,000 (RM1.2 juta), bintang Manchester City itu juga kehilangan Roley Daytona, £40,000 (RM214,000) dan Rolex Day Date £35,000 (RM187,000).

Kumpulan penjenayah itu juga mencuri wang tunai lebih daripada £50,000 (RM268,000), barang kemas Cartier dan beberapa koleksi jersi unik bernilai £150,000 (RM804,000).

Jam tangan Mille boleh mencecah sehingga £1.6 juta (RM8.59 juta) dan menjadi koleksi orang kaya dan bintang sukan ternama.

Jenama berkenaan dikenali disebabkan batu permata bernilai dan dibuat menggunakan bahan dalam menghasilkan kapal angkasa serta jentera Formula Satu (F1).

Penyanyi, Ed Sheeran dan Kanye West termasuk bintang Brazil, Neymar turut memiliki koleksi berbeza jam tangan berkenaan.

Penjenayah berkenaan dikatakan mengekori Mahrez sebelum menyelinap masuk ke kawasan perumahannya.

Jurucakap polis Greater Manchester berkata, kejadian berkenaan berlaku di antara jam 5 petang Jumaat lalu, selepas polis menerima panggilan empat buah apartment berasingan dipecah masuk pencuri.

Kejadian ini berlaku selepas Alli diugut dengan pisau dan ditumbuk selepas pencuri memecah masuk rumahnya awal bulan lalu.

Rakan sepasukan Alli, Jan Vertonghen juga mengalami nasib sama selepas rumahnya dipecah masuk Mac lalu ketika Spurs berkunjung ke Jerman.

Awal tahun ini, pemain Crystal Palace, Mamadou Sakho kerugian £500,000 (RM2.6 juta) selepas rumahnya turut dimasuki pencuri.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2020 @ 10:45 AM