KLOPP susun langkah persiapkan pasukan terbaik menjelang sambungan semula aksi EPL. FOTO AFP
KLOPP susun langkah persiapkan pasukan terbaik menjelang sambungan semula aksi EPL. FOTO AFP
AFP

JURGEN Klopp mengakui berasa sangat teruja selepas melihat skuad Liverpool kembali berlatih bersama tatkala mereka mempersiapkan diri untuk kembali beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Saingan utama di England itu bersedia untuk bermula 17 Jun ini dan semua pasukan dibenarkan untuk berlatih berkumpulan selepas beberapa minggu terasing akibat perintah berkurung Covid-19.

Ia saat yang mengcewakan buat pengendali Liverpool itu, di mana pasukannya hanya memerlukan dua perlawanan saja untuk muncul juara EPL apabila saingan ditangguhkan akibat pandemik berkenaan.

"Kami tidak pernah sampai sembilan minggu tidak berlatih bola sepak sepanjang hidup sebagai pemain. Itu saja perbezaannya tapi sangat menarik,"

"Kami menikmati situasi ini dengan baik. Ia menjadikan perbezaan antara kami dapat diketepikan apabila sudah kembali bersama dan berkumpul satu hingga dua jam.

"Kali ini kita dapat berhubung serta mendapat reaksi yang lebih jelas apabila bersama-sama di atas padang, bukannya melalui skrin atau komputer. Ini nikmat paling besar," kata Klopp.

Liverpool mendahului dengan kelebihan 25 mata mengatasi pasukan tempat kedua, Manchester City, meletakkan mereka di landasan terbaik untuk menjulang trofi buat kali pertama selepas 30 tahun.

Perlawanan pertama The Reds adalah saingan sejiran Merseyside menentang Everton dan Klopp sedang meningkatkan tahap kecergasan pemainnya menjelang aksi berkenaan.

"Kami tidak perlu untuk menjadi cergas sekarang. Kami cuba dengan meningkatkan intensiti, hari demi hari tapi kami harus cergas pada 19 atau 20 Jun ini, di mana hari yang mereka atukarkan kami menentang Everton, rasanya.

"Itu adalah masanya di mana kami mahu cergas 100 peratus. Ia di antara tiga minggu dari sekarang. Kami mahu menggunakan kesempatan itu.

"Ini adalah pramusim kami, kami tidak menjangkakan rehat panjang antara saingan musim ini dan musim baru, jadi ini sangat penting buat kami," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 12:16 PM