MAYWEATHER sedia membantu keluarga Floyd. FOTO Agensi
MAYWEATHER sedia membantu keluarga Floyd. FOTO Agensi
AFP

BEKAS jaguh tinju, Floyd Mayweather akan membayar segala kos pengebumian George Floyd, jelas Ketua Eksekutif Promosi, Leonard Ellerbe kepada ESPN semalam.

Floyd meninggal dunia minggu lalu selepas seorang pegawai polis kulit putih menggunakan kekerasan apabila menekan leher mangsa dengan lutut hampir sembilan minit yang menyebabkan dia sukar bernafas.

Kematian lelaki kulit hitam tanpa senjata itu ketika ditahan pihak polis menimbulkan kekecohan di seluruh Amerika Syarikat.

Ellerbe mengesahkan kepada ESPN bawaha keluarga Floyd menerima tawaran Mayweather untuk membayar servis pengebumian.

"Beliau akan memarahi saya sebab menceritakan perkara ini tapi memang betul beliau akan membayar urusan pengebumian," kata Ellerbe.

Ellerbe menambah bahawa Mayweather memang sering kali membantu dari segi urusan berkenaan sejak 20 tahun lalu.

Peguam keluarga Floyd berkata semalam pengebumian berkenaan akan diadakan pada 9 Jun di Houston.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 3:29 PM