Costa (kanan) bersama peguamnya tiba di mahkamah. FOTO Agensi
Costa (kanan) bersama peguamnya tiba di mahkamah. FOTO Agensi
Agensi

PENYERANG Atletico Madrid, Diego Costa dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan penipuan cukai namun akan membayar denda £32,000 (RM172,000) bagi mengelak daripada dipenjara.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang pernah beraksi untuk Chelsea antara 2014-2017 tampil di mahkamah di Madrid semalam memakai baju putih serta memakai pelitup muka.

Menurut pertuduhan mahkamah yang diterbitkan bulan lalu, Costa gagal mengisytiharkan bayaran sekitar £5 juta (RM26.94 juta) susulan perpindahan dari the Blues ke Atletico pada 2014.

Menurut syarikat penerbitan Sepanyol, El Mundo dia didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Dia dikatakan mengelak daripada membayar cukai berjumlah £980,000 (RM5.27 juta) apabila tidak mengisytiharkan pendapatan yang diterimanya sebanyak £4.6 juta (RM24.75 juta)

Dia juga dikatakan menyembunyikan bayaran sebanyak £890,000 (RM4.7 juta) yang diterima menerusi hak cipta imejnya.

Wakil peguam kepada pemain itu ketika kunjungan di mahkamah memberitahu : "Diego Costa sudah mencapai persetujuan beberapa bulan lalu dengan pendakwa raya dan sudahpun membayar sebahagian denda termasuk faedah dan permintaan terhadap penarikan hukuman penjaga.

Ia adalah jauh berbeza daripada buat pertama kali pemain bola sepak berprofil tinggi berdepan tuduhan cukai di Sepanyol.

Pada 2017, Lionel Messi dikenakan hukuman 21 bulan penjara kerana pemalsuan cukai tapi ia ditukar kepada bayaran denda yang berat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 1:26 PM