Bintang Benfica, Julian Weigl dan Andrea Zivkovic berada dalam keadaan OK selepas bas dinaiki diserang penyokong. FOTO Agensi
Bintang Benfica, Julian Weigl dan Andrea Zivkovic berada dalam keadaan OK selepas bas dinaiki diserang penyokong. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG Benfica, Julian Weigl dan Andrija Zivkovic memaklumkan kepada penyokong bahawa mereka 'OK' tapi bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan teruk selepas bas pasukan yang dinaiki diserang penyokong fanatik.

Pemain dibawa ke hospital selepas kenderaan itu dilempar batu oleh penyokong yang marah - dengan kegagalan Benfica memanfaatkan peluang untuk menjarakkan kedudukan dalam pemburuan kejuaraan daripada pencabar, Porto di puncak carta liga.

Benfica mengutuk tindakan penyokong yang tidak bertanggungjawab dan Weigl turut meluangkan kemarahan kepada peminat dalam insiden yang sepatutnya tidak berlaku itu.

Kelab gergasi Portugal itu terikat 0-0 berdepan Tondela, dan beberapa penyokong berkumpul di luar Estadio de Luz untuk memberi tekanan kepada pasukan mereka sekalipun perlawanan berlangsung tertutup.

Serangan berlaku di ruang laluan utama antara stadium dan padang latihan, dengan kedua-duanya Weigl dan Zivkovic terpaksa mendapatkan rawatan.

Weigl mencatat di Instagram: "Saya hanya mahu memberitahu anda bahawa saya OK. Kami agak bernasib baik! Kita semua melakukan kesilapan tapi perlu tahu batasan meluahkan kemarahan!

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 3:35 PM