X
MESSI dan Ronaldo masih kekal aktif beraksi bersama kelab masing-masing. FOTO Agensi
MESSI dan Ronaldo masih kekal aktif beraksi bersama kelab masing-masing. FOTO Agensi
Agensi

LIONEL Messi dan Cristiano Ronaldo muncul pemain masih aktif yang menjaringkan lebih 600 gol untuk kelab.

Tidak termasuk aksi persahabatan kelab, Messi meledak 627 jaringan untuk Barcelona, satu gol mengatasi Ronaldo yang menjaringkan 626 gol sepanjang kariernya bersama Sporting CP, Manchester United, Real Madrid dan Juventus.

Kedua-dua superstar yang beberapa kali memenangi anugerah enam kali Ballon d'Or itu setaraf pemain legenda seperti Ferenc Puskas, Gerd Muller, Romario, Pele dan Josef Bican.

Puskas di tangga ketujuh dengan 622 jaringan sepanjang karier hebatnya manakala ikon Jerman, Muller di tangga keempat dengan 653 gol.

PELE duduki tangga kedua dengan 707 jaringan.
PELE duduki tangga kedua dengan 707 jaringan.

Romario yang beraksi di Eropah bersama PSV, Barcelona dan Valencia berada di tempat ketiga dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan koleksi 679 gol.

Seorang lagi legenda Brazil, Pele menduduki tangga kedua. Dia mengumpul 707 gol ketika beraksi bersama Santos dan New York Cosmos - namun tidak dipastikan jumlah dijaringkan ketika latihan atau di padang awam.

Tangga teratas milik pemain Czech-Austria, Josef Bican. Penjaring gol paling prolifik sepanjang zaman itu meledak 777 gol untuk kelab dalam kariernya dan hanya bersara ketika berusia 42 tahun.

Berikut kedudukan tujuh penjaring terbanyak untuk kelab sepanjang zaman:

1. Josef Bican - 777 gol

2. Pele - 707 gol

3. Romario - 679 gol

4. Gerd Muller - 653 gol

5. Lionel Messi - 627 gol

6. Cristiano Ronaldo - 626 gol

7. Ferenc Puskas - 622 gol

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2020 @ 11:05 PM