BARNES akui tidak sengaja memuatnaik gambar lucah. FOTO Agensi
BARNES akui tidak sengaja memuatnaik gambar lucah. FOTO Agensi
Agensi

LEGENDA Watford dan Liverpool, John Barnes pada mulanya mahu memuatnaik berkaitan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump namun tidak sengaja dan tanpa sedar berkongsi gambar sensitif.

Barnes akhirnya meminta maaf di atas perbuatan berkenaan menyiarkan gambar dari video lucah di Twitter.

Pemain sayap itu mahu memuatnaik gambar yang tertera kata-kata dari Mary Anne Trump, mengenai anaknya, Presiden Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kameranya secara tidak sengajar merakam gambar sensitif di bawah perkara yang ingin disampaikannya.

Barnes akhirnya menggunakan medium media sosial yang sama untuk meminta maaf kepada pengikutnya.

"Saya mahu meminta maaf di atas segala kesalahan kerana saya memuatnaik gambar Donald Trump yang dihantar oleh kawan saya, di bawah gambar berkenaan pula terdapat video pornografi. Saya tidak sedar ia berada di situ dan meminta maaf sekali lagi di atas kesalahan berkenaan," katanya.

Ketika gambar berkenaan masih lagi berada di akaun Twitter, pengikutnya memberi cadangan agar Barnes mengubahsuai gambar berkenaan namun bekas pemain antarabangsa England itu mengakui tidak tahu untuk melakukannya.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Saya takut untuk menekan butang telefon, saya sudah berusia 56 tahun, jadi saya hanya gembira menulis satau atau dua perkataan di Twitter yang mudah difahami orang lain," katanya.

Barnes salah seorang bekas ahli sukan yang sangat lantang mengutuk Donald Trump, perkauman dalam masyarakat dan beberapa topik lain lagi melalui Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2020 @ 1:30 PM