Leong Mun Yee
Leong Mun Yee
Saiful Affendy Sapran


PELBAGAI aktiviti yang dilakukan atlet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir semalam.

Antara yang aktif dan konsisten memuat naik gambar dan video di akaun sosial masing-masing adalah penerjun negara, Leong Mun Yee.

Mempunyai perwatakan menarik, maka tidak hairanlah setiap kali Olimpian negara itu memuat naik gambar atau video aktiviti sepanjang di rumah, ia mendapat reaksi positif netizen.

Selain menunjukkan aktiviti menjalani latihan ringan di rumah, Mun Yee juga dilihat mempelajari perkara baharu sepanjang PKP dan PKPB iaitu menari tarian shuffle.

"Post (muat naik) ini sebab ramai cakap smart (menarik)," tulis Mun Yee menerusi posting terbaharunya di Instagram dan Facebook yang menyaksikannya menari shuffle.

Sebelum ini Mun Yee juga sering muat naik video sedang menari yang juga sebahagian daripada cara untuk mengeluarkan peluh.

"Tiada aktiviti terjun ketika PKP. Penerjun hampir menjadi penari di rumah," tulis Mun Yee.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Jun 2020 @ 5:58 PM