Briggs (kiri) mendakwa Tyson bersetuju bertarung dengannya dalam perlawanan pertunjukan. FOTO Agensi
Briggs (kiri) mendakwa Tyson bersetuju bertarung dengannya dalam perlawanan pertunjukan. FOTO Agensi
Agensi

SHANNON Briggs mungkin berusia 48 tahun. Namun bekas juara dunia heavyweight masih kelihatan seperti petinju yang hebat.

Briggs menayangkan fizikal badan tegapnya ketika mengikuti kem latihan satu program tinju.

Dia dikatakan membuat perjanjian bersama BKFC pada April lalu, sekalipun pertembungan profesional terakhirnya adalah pada 2016.

Malah dia kelihatan berada pada tahap terbaik ketika dia mencari lawan pertama dalam pertarungan heavyweight.

Walaupun cabaran barunya dalam gusti tangan, Briggs baru-baru ini mendakwa dia bersetuju bertarung petinju legenda, Mike Tyson.

Gabungan umur mereka adalah 101, pertembungan antara Tyson dan Briggs pastinya menarik.

Briggs memberitahu : "Saya bercakap dengan Mike Tyson, ia akan dilaksanakan, saya dan Mike.

"Kami akan memastikan dia berlaku, ia secara rasmi, anda akan dapat melihatnya, Brownsville versus Brownsville.

"Saya dan Tyson akan menyarung semula sarung tangan.

"Ini adalah untuk kebajikan, ini adalah pertunjukan, saya mahu masyarakat faham.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2020 @ 10:02 PM