X
Lucas Vazquez. FOTO Agensi
Lucas Vazquez. FOTO Agensi
AFP

REAL Madrid melaporkan bahawa Lucas Vazquez mengalami kecederaan kaki kanan yang akan menyebabkan pemain sayap serba boleh itu bakal disisihkan untuk beberapa perlawanan ketika saingan sengit memburu gelaran La Liga.

"Berikutan ujian yang dijalankan hari ini ke atas pemain kami, Lucas Vazquez oleh jabatan perubatan Real Madrid, dia disahkan dengan kecederaan otot soleus (bawah betis) di kaki kanannya," menurut kenyataan kelab itu.

"Pemulihannya akan terus dipantau."

Real kini dua mata di belakang Barcelona dengan kesudahan musim ini berlangsung dalam keadaan serabut menjelang pertemuan dengan Valencia Khamis ini, sebelum Real Sociedad pada Ahad dan Mallorca serta Espanyol minggu berikutnya.

Akhbar harian Sepanyol, As mendakwa pemain antarabangsa Sepanyol itu akan diketepikan selama dua minggu.

Pemain berusia 29 tahun itu terlepas latihan Jumaat lalu akan menyertai Nacho dan Luka Jovic dalam senarai kecederaan dimiliki jurulatih Zinedine Zidane.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Jun 2020 @ 10:38 AM