RONALDO bersama kakaknya, Elma. FOTO Agensi
RONALDO bersama kakaknya, Elma. FOTO Agensi
Agensi

KAKAK Cristiano Ronaldo, Elma mengkritik Maurizio Sarri dengan berkata adik kesayangannya itu tidak dapat mencipta 'keajaiban' secara bersendirian selepas Juventus tewas pada final Piala Itali, hari ini.

Ronaldo kali pertama dalam 18 tahun kariernya tewas aksi final berturut-turut apabila dikecewakan Napoli menerusi penentuan penalti.

Sarri mengakui kapten Portugal berusia 35 tahun kurang ketajaman untuk beraksi pada tahap terbaik ketika gergasi Itali seri tanpa jaringan kali kedua berturut-turut sejak bola sepak di negara itu kembali bersambung.

Tetapi kakak Ronaldo pantas mempertahankan adiknya apabila dia mempersoalkan taktik pengurus itu.

Elma menulis: "Apa lagi anda boleh lakukan? Hanya itu sahaja dan itu punca dia gagal melakukan 'keajaiban' dengan cara dia. Saya tak faham bagaimana anda boleh bermain dengan cara ini...angkat kepalamu rajaku."

Kritikan Elma di media sosial ke atas Sarri bukanlah kali pertama dilakukan keluarga Ronaldo.

Selepas Ronaldo digantikan ketika menentang AC Milan pada November lalu, dia mempersoalkan keputusan Sarri yang menegaskan penyerang itu bergelut dengan kecederaan lutut.

Tetapi Ronaldo menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia dalam keadaan sangat baik dan membuktikan dengan jaringan ke-98 antarabangsa beberapa hari kemudian sekali gus mencetuskan reaksi segera daripada keluarga bekas bintang Real Madrid itu.

Seorang kakaknya, Katia Aveiro menulis di Instagram bersama foto Ronaldo: "Jangan bermain-main dengan dia."

Menurut akhbar Itali, Corriere dello Sport, seorang lagi kakaknya, Elma berkata: "Tuhan tak pernah gagal. Dia cergas, jadi sekarang apa lagi?"

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 10:19 PM