Khabib melayan peminatnya. FOTO Agensi
Khabib melayan peminatnya. FOTO Agensi
Agensi

BINTANG seni bela diri campuran, Khabib Nurmagomedov secara berjenaka enggan bergambar bersama peminat Barcelona sehingga peminat berkenaan berkata 'Hala Madrid'.

Khabib memaksa peminat Barcelona berkenaan untuk menyatakan 'Hala Madrid' supaya dapat merakamkan gambar bersama juara lightweight UFC itu.

Khabib bukan sahaja peminat Real Madrid, malah dia dikagumi dengan pengetahuan mengenai sejarah kejayaan Liverpool sambil menyifatkan saingan Liga Perdana Inggeris antara terbaik dalam bola sepak dunia.

"Saya fikir saya bukan hanya peminat, saya fikir saya tahu sejarah [bola sepak]. Liga Perdana Inggeris, pada saya adalah liga terbaik di dunia. Saya mengikuti semuanya," katanya.

Atlet yang mencatat 28-0 kembali mengingatkan aksi menarik kejayaan Liverpool pada final Liga Juara-Juara 2005 ke atas AC Milan.

"Saya masih ingat ketika kanak-kanak pada 2005 saya melihat aksi Liverpool menentang Milan di Dagestan. Kami mempunyai TV skrin besar di pantai, beribu-ribu orang turun melihat perlawanan itu," tambahnya.

"Ia pasukan yang bagus tapi ketika ini mereka juga antara pasukan yang bagus. Saya melihat semua perlawanan Liga Juara-Juara dan Liverpool. Tetapi saya penyokong kuat Real Madrid."

Khabib dilaporkan akan kembali beraksi pada 19 September untuk mempertahankan kejuaraan miliknya lightweight UFC berdepan Justin Gaethje di UFC 253.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2020 @ 8:21 PM