Sarri (kiri) gagal merangkul trofi pertama bersama Juventus. FOTO Agensi
Sarri (kiri) gagal merangkul trofi pertama bersama Juventus. FOTO Agensi
Agensi

MAURIZIO Sarri kembali menarik perhatian dan tugasnya sebagai pengendali di Juventus terancam menurut beberapa laporan di Itali.

Muka depan Gazzetta dello Sport's semalam melaporkan secara terperinci bagaimana bekas bos Chelsea berseorangan dan pemain tidak mengikut arahannya sebelum tewas aksi final kedua pada musim 2019-20.

Kekalahan Liga Super Itali kepada Lazio pada permulaan kempen, skuad kendalian Sarri menerima tamparan hebat apabila tewas dalam aksi yang sukar diterima dalam penentuan penalti berdepan Napoli dalam saingan Piala Itali kelmarin.

Kekalahan itu, dengan aksi kurang memberangsangkan dipamerkan Juventus meletakkan pengendali berusia 61 tahun berdepan dalam bahaya.

Muka depan Gazzetta pula menambah sekumpulan penyokong kelab Turin itu juga sudah mula hilang kepercayaan kepada jurulatih itu dengan kebimbangan mereka menjurus ke arah peluang Juve merangkul kejuaraan Serie A musim ini.

Sekalipun mendahului satu mata ke atas Lazio di puncak liga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2020 @ 10:31 PM