MANCINI berasa rugi dengan bakat Balotelli jika dipersiakan begitu saja. FOTO Agensi
MANCINI berasa rugi dengan bakat Balotelli jika dipersiakan begitu saja. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Itali, Roberto Mancini menggesa Mario Balotelli agar segera 'bangkit' sebelum kariernya musnah.

Masalah yang ditimbulkan Balotelli di kelab tempat kelahirannya di Brescia akan menemui titik noktah, selepas dilaporkan kontraknya bakal ditamatkan selepas beberapa kali tidak hadir menjalani latihan.

"Saya sudah memberitahunya beribu kali bahawa dia mempersiakan bakatnya yang luar biasa.

"Saya sangat menyukai Mario sejak dia masih kanak-kanak dan dia mempunyai sesuatu yang luar biasa. Dia mempunyai fizikal, kelajuan, teknik luar biasa dan baru berusia 30 tahun iaitu pertengahan perjalanan kariernya.

"Saya barharap satu hari dia akan segera sedar dan berubah," kata Mancinui kepada televisyen Itali.

Mancini memanggil semula Balotelli menyertai skuad Itali selepas beliau menjadi jurulatih sejak Mei 2018, ini disebabkan beliau menjalinkan kerjasama yang baik dengan penyerang berkenaan sejak di Manchester City serta Inter Milan.

Balotelli, yang sudah 36 kali mewakilli Azzurri, menyertai Brescia tahun lalu dengan harapan dia mampu untuk memperoleh tempat dalam skuad Mancini bagi Euro 2020 namun dia hanya meledak lima gol dalam 19 perlawanan bersama kelab berkenaan.

Dia melakukan penampilan bersama pasukan setempat, Lumezzane di Serie C pada usia 16 tahun, sebelum berpindah ke gergasi Serie A, Inter pada 2007, di mana dia berjaya meraih tiga kejuaraan liga dan satu trofi Liga Juara-Juara.

Dia kemudiannya beraksi selama dua musim di AC Milan sebelum berhijrah ke Liverpool, Nice dan Marseille.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Jun 2020 @ 3:03 PM