X
DALGLISH kagum pencapaian Klopp. FOTO AFP
DALGLISH kagum pencapaian Klopp. FOTO AFP
AFP

KENNY Dalglish memuji Jurgen Klopp sebagai fantastik selepas menjadi nadi kejayaan Liverpool mengakhiri kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Sebelum kedatangan Klopp di Anfield pada 2015, Liverpool dalam bahaya apabila ketinggalan di belakang kelab berbelanja besar, Manchester City dan Chelsea.

Tetapi pengurus Liverpool itu berjaya mengubab nasib Liverpool dengan bergaya apabila menamatkan penantian tiga dekad sejak kali terakhir ikon Anfield, Dalglish menjulangnya pada 1990.

"Beberapa tahun kebelakangan ini sejak Jurgen datang, kelab sangat positif dalam segala aspek. Dia memang fantastik," kata Dalglish kepada BT Sport.

REAKSI penyokong selepas Liverpool dinobatkan juara Liga Perdana di Anfield. FOTO AFP
REAKSI penyokong selepas Liverpool dinobatkan juara Liga Perdana di Anfield. FOTO AFP

"Dia menyayangi Kelab Bola Sepak Liverpool. Dia menghargainya dan dia menghormati sesiapa yang bekerja di kelab.

"Mereka mendapat penghormatan darinya. Apa sahaja mereka dapat, mereka berhak menerimanya. Ia bukan kejayaan secara tiba-tiba kerana tahun lalu mereka hanya ketinggalan satu mata.

"Tahun ini mereka hanya sekali kalah, seri dua kali dan menjuarai Piala Kelab Dunia selain pemenang Liga Juara-Juara tahun lalu."

Dalglish mengakui kemarau gelaran Liverpool tidak pernah terfikir olehnya selepas dia dan barisan bintang seperti Ian Rush dan John Barnes mengungguli liga tiga dekad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2020 @ 8:17 AM