INTER dikatakan berminat untuk mendapatkan Hakimi. FOTO AFP
INTER dikatakan berminat untuk mendapatkan Hakimi. FOTO AFP
AFP

PEMAIN antarabangsa Maghribi, Achraf Hakimi akan meninggalkan Borussia Dortmund selepas dua tahun dipinjamkan dari Real Madrid.

Perkara itu disahkan pengarah sukan kelab Bundesliga itu, Michael Zorc semalam.

Hakimi, 21, dilaporkan berjaya menarik minat Inter Milan dan dijangka mampu dijual dengan harga €40 juta (RM192 juta) selepas memberikan aksi cemerlang bersama Dortmund.

Dia menjaringkan lima gol dan menghasilkan 10 hantaran menghasilkan jaringan di Bundesliga, selain mempamerkan aksi versatil boleh beraksi di sebelah kanan dan kiri bahagian pertahanan.

Zorc, yang pada awalnya berharap dapat mengekalkan Hakimi, berkata, harga pemain kelahiran Madrid itu meningkat sekali lagi.

"Kami tidak mahu menurutinya, kami tidak mampu mengekalkannya," kata Zorc.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 1:32 PM