Reaksi Jurulatih Benfica, Bruno Lage dalam saingan Liga Portugal.  FOTO AFP
Reaksi Jurulatih Benfica, Bruno Lage dalam saingan Liga Portugal. FOTO AFP
AFP

JURULATIH Benfica, Bruno Lage meletak jawatan selepas kelab itu mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan, lapor beberapa media Portugal.

Juara bertahan, Benfica ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga Porto di kedudukan kedua, dengan berbaki lima perlawanan.

Benfica hanya mencatat satu kemenangan dalam lima perlawanan selepas saingan liga disambung semula selepas ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.

Presiden Benfica, Luis Filipe Vieira memberitahu dalam sidang media selepas kekalahan 0-2 kepada pasukan bergelut, Maritimo semalam, bahawa dia sudah mempertimbangkan tawaran pemberhentian Lage.

"Dengan penuh rasa bertanggungjawab jurulatih kami memohon kepada saya peletakan jawatan pada penghujung perlawanan, memberitahu perkara tidak berjalan lancar buat Benfica," kata presiden itu.

Media tempatan melaporkan Viera sudah menerima permohonan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 8:45 AM