Buffon (kiri) dan Chiellini tonggak Juve. FOTO Agensi
Buffon (kiri) dan Chiellini tonggak Juve. FOTO Agensi
Agensi

PENJAGA gol Juventus, Gianluigi Buffon menandatangani kontrak lanjutan setahun lagi bersama pendahulu Serie A Itali itu.

Bekas pemain kebangsaan Itali, yang berusia 43 tahun apabila kontrak barunya tamat, kembali ke pangkuan Juventus pada 2019 selepas semusim di Paris St-Germain.

Buffon sudah melakukan lebih 500 penampilan liga buat Juventus sejak menyertai kelab itu pada 2001, selepas melakukan penampilan pertama sebagai pemain profesional bersama Parma pada 1995.

"Super Gigi sudah membuktikan bahawa usia hanyalah angka," menurut kenyataan kelab itu.

Kapten Juve, Giorgio Chiellini turut melanjutkan kontrak selama setahun.

Juventus mendahului empat mata di puncak liga Serie A dengan berbaki 10 perlawanan, ketika kelab itu memburu gelaran kejuaraan kesembilan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Jun 2020 @ 11:15 AM