Fernandes (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika berdepan Brighton. FOTO AFP
Fernandes (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika berdepan Brighton. FOTO AFP
AFP

OLE Gunnar Solskjaer berkata Bruno Fernandes membawa mentaliti kemenangan selepas membantu Manchester United mengatasi Brighton, 3-0, pagi ini.

Dibantu kecemerlangan Fernandes, membolehkan United melakar kemenangan dalam salah satu persembahan terbaik musim ini di Stadium Amex.

Mason Greenwood membuka jaringan di minit awal babak pertama sebelum Fernandes menambah gol untuk mendahului sebelum waktu rehat.

Fernandes sekali lagi meledak jaringan di babak kedua menerusi rembatan voli ketika United melonjak di atas Wolves dengan perbezaan gol di kedudukan kelima carta Liga Perdana Inggeris.

"Bruno beraksi dengan baik dan menakjubkan. Dia membawa mentaliti kemenangan bersamanya, 99 peratus sahaja tidak cukup bagus. Ia harus 100 peratus," kata Solskjaer.

"Saya mempunyai lebih daripada seorang pemain yang mampu mengubah rentak permainan.

"Gol ketiga adalah jaringan berpasukan yang hebat. Untuk melihat semangat ramai pemain menyerang sehingga penghujung saingan adalah menakjubkan. Jaringan menarik oleh Bruno."

Barisan kendalian Solskjaer kini dua mata di belakang pasukan di tempat keempat Chelsea, yang masih memiliki kelebihan tidak beraksi satu perlawanan dan akan bertarung di West Ham esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 7:32 AM