X
Penyerang Wolves, Raul Jimenez (kanan) dalam salah satu aksi liga. FOTO AFP
Penyerang Wolves, Raul Jimenez (kanan) dalam salah satu aksi liga. FOTO AFP
Agensi

RAUL Jimenez menegaskan dia sangat gembira di Wolves sekali gus menafikan perpindahan ke Manchester United.

Jimenez, 29, menikmati musim cemerlang, menjaringkan 24 gol dalam 47 perlawanan buat Wolves untuk menarik perhatian United terhadap tonggak barisan serangan pasukan itu.

Tetapi pemain kebangsaan Mexico berkata di gembira di Molineux, selepas tiba dari Benfica pada 2018 dengan perjanjian awal secara pinjaman.

"Saya rasa sangat bagus. Dua tahun di sini satu yang luar biasa, saya rasa serasi dengan kelab ini sejak dari mula lagi, sejak perpindahan saya ke sini," kata Jimenez menerusi laman web rasmi kelab itu.

"Saya sangat gembira berada di sini."

Jimenez berjaya membantu Wolves berada di kedudukan keenam dalam Liga Perdana, dengan aksi rakan sepasukannya, Adama Traore turut menarik minat beberapa kelab lain.

Aksi bertenaga Traore, yang menjaringkan empat gol dan pembantu jaringan sebanyak sembilan kali dalam saingan liga musim ini.

"Setiap penyerang mahu rakan sepasukan yang mempunyai kebolehan sepertinya. Dia mampu mengumpan bola di mana-mana, anda akan tahu dia akan berusaha bersungguh-sungguh dan dia juga melakukan hantaran, jadi anda harus berada di sana di waktu yang tepat untuk menjaringkan gol," kata Jimenez.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2020 @ 11:02 PM