X
SNEIJDER masih menimbangkan lagi permintaan berkenaan. FOTO Agensi
SNEIJDER masih menimbangkan lagi permintaan berkenaan. FOTO Agensi
AFP

SELEPAS Arjen Robben, kini Wesley Sneijder pula menyatakan pertimbangan untuk keluar dari persaraan dan beraksi bersama kelab tempat kelahirannya, Utrecht lapor media tempatan.

Sneijder pemain yang paling banyak mewakili negaranya, Belanda iaitu 134 kali dan menjadi tonggak membawa The Oranje ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 pernah membantu Inter Milan muncul juara Liga Juara-Juara pada tahun sama.

Bagaimanapun, beliau mengumumkan persaraan pada 2018 selepas kali terakhir beraksi ketika bersama Al Gharafa di Qatar dan tidak beraksi selepas itu selama dua musim.

Hasrat berkenaan terjadi selepas peminat Utrecht mengeluarkan video memintanya menyertai kelab itu, mungkin disebabkan sebelum ini Robben sudah berjanji untuk kembali ke kelab kampung halamannya Groningen.

"Saya akan memikirkannya, saya sudah bercakap dengan Jordy (Zuidam, bos Utrech), kata Sneijder yang berusia 36 tahun kepada televisyen tempatan.

Zuidam memberitahu media bahawa beliau juga terbuka dengan idea berkenaan.

"Bola sekarang berada di gelanggangnya, seorang yang cergas dan bermotivasi tinggi memang menarik minat kami," katanya.

Sneijder memulakan kariernya dari sistem remaja Ajax sebelum berkelana ke kelab besar seperti Real Madrid dan Inter.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2020 @ 8:28 PM