MOURINHO tidak sabar untuk memeluk Ancelotti. FOTO AFP
MOURINHO tidak sabar untuk memeluk Ancelotti. FOTO AFP
Agensi

JURULATIH Tottenham, Jose Mourinho berkata, beliau bersedia untuk melanggar peraturan penjarakan sosial bagi membolehkannya memeluk jurulatih bos Everton, Carlo Ancelotti.

Mourinho yang sedang bergelut dengan Tottenham akan menerima kehadiran Ancelotti serta Everton di London bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mourinho memuji rakan sejawatnya itu menjelang pertemuan di antara pasukan tangga kesembilan dan ke-11 liga Selasa ini.

"Saya rasa semua orang dalam bidang bola sepak memuji Carlo bukan sebagai seorang jurulatih tapi juga sebagai orang biasa.

"Jika anda tidak mengenalinya sebagai orang biasa sekurang-kurang anda mengenalinya sebagai jurulatih. Saya sangat menyukainya kerana beliau adalah seorang jurulatih terbaik di dalam dunia sejak dua dekad lalu dan juga sekarang.

"Saya rasa ia satu keistimewaan buat EPL untuk kembali memiliki semula Carlo. Ia satu keistimewaan buat Everton kerana memilikinya sebagai pengurus atau jurulatih, atau apa saja anda ingin menggelarnya.

"Saya juga berasa sangat bertuah dapat mengenalinya, berjumpa beberapa kali di mesyuarat Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) atau majlis lain.

"Beliau seorang yang hebat dan saya rasa mahu langgar peraturan jarak sosial satu meter dan akan memeluknya, kerana saya sangat menyukainya," kata Mourinho.

Tottenham hanya meraih satu kemenangan daripada sembilan aksi terakhir dalam semua kejohanan termasuk tumpas 1-3 kepada Sheffield United.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 7:31 PM