X
EGAN meledakkan gol penyamaan Sheffield di Turf Moor. FOTO AFP
EGAN meledakkan gol penyamaan Sheffield di Turf Moor. FOTO AFP
AFP

JARINGAN sulung John Egan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) membolehkan Sheffield United mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Burnley tatkala kedua-dua pasukan terlepas peluang untuk melonjakkan diri di kedudukan kelayakan Liga Europa.

James Tarkowski meletakkan Burnley di depan sebelum rehat namun pertahanan Ireland, Egan berjaya menyamakan kedudukan 10 minit menuju wisel penamat di Turf Moor.

Sheffield kekal ditangga kelapan, empat mata di belakang pasukan tangga keenam, Wolves, manakala Burnley di tempat kesembilan, dua mata di belakang The Blades.

Bagaimanapun, The Blades memperoleh peluang untuk mendahului permainan melalui David McGoldrick namun penjaga gol Burnley, Nick Pope berjaya menyelamatkan percubaan berkenaan.

Selepas kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan memperoleh peluang menjaringkan gol melalui Matej Vydra, Egan dan Olivier McBurnie, akhirnya Burnley terlebih dulu berada di depan.

Pada minit ke-43 Tarkowski melakukan percubaan jarak dekat selepas menerima tandukan Jay Rodriguez yang berpunca dari sepakan percuma Dwight McNeil

Gol penyamaan Sheffield hadir pada minit ke-80 hasil hantaran lintang Ben Osborn yang ditanduk ke belakang oleh Billy Sharp sebelum disudahkan Egan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:34 PM