PENYERANG Bologna, Riccardo Orsolini (kiri) cuba mencabar pemain tengah Inter, Ashley Young. FOTO AFP
PENYERANG Bologna, Riccardo Orsolini (kiri) cuba mencabar pemain tengah Inter, Ashley Young. FOTO AFP
AFP

JURULATIH Inter Milan, Antonio Conte berkata anak buahnya memberikan Bologna 'kemenangan' 2-1 hari ini selepas melepaskan gol dan kelebihan seorang pemain sekali gus menyaksikan pemburuan kejuaraan Serie A berakhir.

Skuad bimbingan Antonio Conte memerlukan kemenangan untuk kembali untuk kembali lapan mata di belakang pendahulu, Juventus dan satu mata di belakang pasukan tangga kedua, Lazio

Namun di sebalik di depan menerusi gol Romelu Lukaku yang juga gol peribadi ke-20 musim ini dan menentang lawan yang kekurangan satu pemain, Inter masih gagal mengelak daripada mengalami kekalahan.

Juventus kekal di tangga teratas liga dengan kelebihan tujuh mata selepas menewaskan Torino semalam manakala Lazio pula tewas kepada AC Milan.

Inter yang juga mensia-siakan sepakan penalti ketika mendahului 1-0, kini ketinggalan 11 mata berbanding Juventus dengan hanya berbaki lapan perlawanan selain hanya mempunyai kelebihan satu mata berbanding pasukan tangga keempat, Atalanta yang menewaskan Cagliari 1-0.

"Sudah jelas apa yang berlaku, jadi tidak banyak yang boleh saya perkatakan," kata Conte kepada DAZN.

"Kami perlu sama-sama bertanggungjawab, pertama sekali saya sebagai jurulatih dan kemudian pemain yang beraksi di atas padang.

"Saya rasa kami memberikan kemenangan kepada Bologna dan ia bukanlah kali pertama.

"Saya dan pemain perlu bertanya kepada diri sendiri di manakah kesilapannya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 10:02 AM