MOURINHO secara terbuka mengkritik Arsenal. FOTO AFP
MOURINHO secara terbuka mengkritik Arsenal. FOTO AFP
Agensi

JOSE Mourinho berkata, Arsenal 'mempunyai peluang terhad untuk bergembira' selepas Gunners mengejek kekalahan Tottenham di Sheffield United pada saingan Liga Perdana menerusi laman sosial kelab itu.

Menerusi ulang tayang kemenangan ke atas Sheffield United pada saingan Piala FA, Arsenal di akaun Facebook kelab itu menulis kapsyen: "Bukan mudah untuk menewaskan Sheffield United di Bramall Lane."

"Anda hanya bergembira apabila anda juga sedang bermasalah," kata Mourinho merujuk kepada Arsenal.

Arsenal ketika ini menduduki tangga ketujuh manakala Spurs ketinggalan empat mata di kedudukan ke-10.

Gunners tidak pernah memenangi Liga Perana sejak musim gemilang 2003/04 manakala trofi terakhir yang dimenangi adalah Piala FA pada 2017.

Tottenham melangkah ke final Liga Juara-Juara pada tahun lalu tetapi gagal menjulang trofi di saingan domestik sejak memenangi Piala Liga pada 2008.

Arsenal sudah memenangi kejuaraan liga sebanyak enam kali sejak kali terakhir Spurs memenanginya pada musim 1960/61.

"Saya rasa jika mereka berada di kedudukan teratas liga atau bersaing di kelompok empat terbaik, mereka tidak akan bergembira dengan masalah yang dihadapi pasukan lain.

"Mereka mempunyai peluang terhad untuk bergembira, mereka perlu memanfaatkan segala peluang yang ada untuk melakukannya. Hakikatnya mereka berada pada situasi yang sama seperti kami di saingan liga.

"Menjadi juara Utara London tidak memberi sebarang makna kepada saya kerana anda perlu meraih kejayaan lebih besar dan keinginan lebih tinggi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2020 @ 1:46 PM