Ecclestone, isteri dan bayi lelakinya
Ecclestone, isteri dan bayi lelakinya
Agensi

BERNIE Ecclestone menjadi bapa pada usia 89 tahun, malah dia memberitahu ia tidak akan terhenti di sini.

Bekas bos Formula Satu (F1) itu mahu mempunyai anak lagi. Lupakan Viagra dan dia mendedahkan rahsianya yang hanya memerlukan produk makanan tambahan Vitamin D.

Bercakap selepas kelahiran bayi lelakinya yang diberi nama Ace hasil perkongsian hidup bersama isteri, Fabiana Flosi, 44.

Ecclestone mendakwa dia tidak 'terlalu tua' untuk membesarkan anak. Malah dia mengakui mampu menjadi bapa terbaik kepada empat anaknya termasuk daripada perkahwinan terdahulu.

Ecclestone bapa kepada Petra, 31, Tamara, 36, dan Deborah, 65 daripada perkahwinan pertamanya memberitahu : "Saya sangat gembira. Ketika saya mempunyai anak perempuan yang seolah-olah memperlihatkan diri saya lebih muda.

"Kini saya mempunyai lebih banyak masa bersama keluarga dan saya berharap dapat meluangkan masa bersama akan lelaki saya ketika dia membesar.

"Saya tak tahu sama ada kami akan berhenti di sini. Sekurang-kurangnya dia harus mempunyai adik lelaki atau perempuan.

"Saya memberitahu Fabiana mempunyai anak yang ramai pastinya hebat."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2020 @ 12:03 AM