PRESTASI Pulisic (kanan) mendapat pujian Lampard. FOTO AFP
PRESTASI Pulisic (kanan) mendapat pujian Lampard. FOTO AFP
AFP

CHELSEA melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mengalahkan Crystal Palace 3-2 dalam perlawanan yang penuh mendebarkan.

Pasukan bimbingan Frank Lampard semakin hampir mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas mencatat tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan bagi membolehkan mereka satu mata di depan Leicester City.

The Blues memperoleh gol pembukaan di Sellhurst Park selepas bekas ketua pasukan mereka, Gary Cahill rebah di atas padang akibat kecederaan hamstring sekali gus membuka peluang buat Willian untuk melakukan hantaran kepada Olivier Giroud yang meledak gol keempat dalam enam perlawanan.

Prestasi Christian Pulisic sejak saingan EPL bersambung mula disamakan dengan Eden Hazard apabila pemain kelahiran Amerika Syarikat itu menambah gol kedua dengan melakukan rembatan dari jarak dekat untuk menumpaskan Joel Ward.

"Christian memberikan peranan sangat penting. Anda dapat lihat pemain serangan terbaik dunia dengan mereka akan menjaringkan gol dan melakukan hantaran menghasilkan jaringan dengan kerap. Buat masa sekarang itulah peranannya, jadi saya gembira dengan prestasinya," kata Lampard.

Bagaimanapun, kekerapan yang sering Chelsea lakukann adalah gagal untuk mendominasi perlawanan sehingga membolehkan Wilfried Zaha melepaskan rembatan menewaskan Kepa Arrizabalaga.

The Blues bangkit untuk mengesahkan kedudukan tiga mata buat Chelsea apabila pemain gantian Ruben Loftus Cheek dan Tammy Abraham bergabung bagi menghasilkan gol ketiga 19 minit sebelum perlawanan tamat.

Seminit kemudian Palace merapatkan kedudukan hasil gerakan menarik Patrick van Aanholt yang mencari Christian Benteke sebelum pemain antarabangsa Belgium itu menampan masuk bagi jaringan kedunya musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 9:16 AM