SELAIN kolam renang tertutup rumah berkenaan juga memiliki sauna, pawagam mini dan gimnasium. FOTO Agensi
SELAIN kolam renang tertutup rumah berkenaan juga memiliki sauna, pawagam mini dan gimnasium. FOTO Agensi
Agensi

RYAN Giggs masih gagal menjual rumah agam miliknya walaupun sudah mengiklankan di pasaran sejak setahun setengah.

Legenda Manchester United cuba untuk menjual rumah yang memiliki lima bilik tidur itu sejak Januari tahun lalu.

Terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki rumah berkenaan terutama sentuhan mewah dengan beberapa biliki dilengkapkan dengan set sofa berwarna ungu dan serta potongan ukiran Justin Bieber.

Jurulatih skuad kebangsaan Wales itu membuat keputusan untuk menjual kediaman mewah itu selepas bercerai dengan isterinya, Stacey.

Pasangan berkenaan yang memiliki dua anak berpisah selepas Giggs mempunyai hubungan sulit bersama isteri adiknya, Natasha.

Dia meletakkan harga £3.5 juta (RM18.8 juta) dan kediaman berkenaan terletak berdekatan dengan pub miliknya di pinggir Manchester.

Bagaimanapun, selepas lebih 18 bulan kediaman berkenaan masih belum terjual sehingga memaksa ejen membenarkan pembeli berpotensi menawarkan sendiri harga yang diinginkan.

Selepas sudah sekian lama agar sukar buat Giggs untuk mengharapkan rumahnya dijual pada harga asal.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 11:45 AM