ALONSO sebelum ini meninggalkan F1 pada 2018. FOTO AFP
ALONSO sebelum ini meninggalkan F1 pada 2018. FOTO AFP
AFP

JUARA dunia dua kali, Fernando Alonso bersedia untuk keluar dari persaraan dan kembali menyertai Formula Satu (F1) bersama pasukan Renault tahun depan.

Menurut BBC, bekas pelumba kelahiran Sepanyol itu sudah pun menandatangani persetujuan bersama Renault dan pengumuman rasmi akan dilakukan tidak lama lagi.

Buat masa sekarang pasukan dari Perancis itu enggan memberi sebarang komen selepas dihubungi AFP.

Beliau mengambil keputusan meninggalkan F1 pada 2018 selepas gagal memenangi sebarang perlumbaan selama empat tahun bersama McLaren dan dijangka melakukan percubaan kali ketiga untuk memenangi Indianapolis 500 bersama McLaren bulan depan.

Kembali ke Renault bermakna Alonso akan bergabung semula dengan pasukan di mana beliau berjaya meraih kejuaraan dunia pada 2005 dan 2006.

Renault memerlukan pengganti selepas pemandu Australia, Daniel Ricciardo akan menyertai McLaren hujung musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 12:00 PM