BOLT memperkenalkan kepada umum anak sulungnya, Olympia Lightning. FOTO Agensi
BOLT memperkenalkan kepada umum anak sulungnya, Olympia Lightning. FOTO Agensi
Agensi

LEGENDA olahraga, Usain Bolt berkongsi gambar pertama bayi perempuannya di media sosial dan mendedahkan anak sulungnya itu bernama Olympia Lightning.

Bintang pecut Jamaica berusia 33 tahun itu menyambut cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan kekasihnya, Kasi Bennett Mei lalu.

Bagaimanapun, Bolt yang juga pemenang lapan pingat emas Sukan Olimpik masih lagi berahsia mengenai identiti anaknya, sehinggalah beliau memuatnaik gambar di media sosial 12 jam lalu.

Pasangan bahagia itu sebelum ini mengadakan parti mewah Mac lalu dengan sambutan bunga api dan juga menjemput selebriti terkenal selepas mengetahui bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.

Bolt dan Bennett mula berkenalan sejak 2014 namu mereka hanya mengumumkan secara terbuka pada 2016.

Bolt mengesahkan bahawa teman wanitanya sudah mengandung pada Januari apabila beliau memuatnaik gambar di Instagram Bennett memakai gaun berwarna merah tatkala perutnya sudah mula membesar.

"Saya mahu menyatakan di sini bahawa 'Raja atau Permaisuri' sudah berada di sini (di dalam perut)," katanya dalam kapsyen gambar berkenaan.

Bolt bersara selepas Kejohanan Dunia 2017 di London selepas mengalami kecederaan hamstring sebaik saja menamatkan saingan akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 12:27 PM