SOLSKJAER mahu Pogba ditawarkan kontrak jangka panjang. FOTO AFP
SOLSKJAER mahu Pogba ditawarkan kontrak jangka panjang. FOTO AFP
AFP

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak akan meminta dana besar untuk perpindahan sebaik tamat saingan musim berikutan masalah ekonomi disebabkan Covid-19 namun beliau mahu kelabnya menyambung kontrak Paul Pogba.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward memberi amaran bahawa tidak akan berlaku pembelian pemain seperti sebelum ini berikutan penularan wabak berkenaan.

Bagaimanapun, prestasi pasukan bimbingan Solskjaer itu kembali meningkat sekali gus menunjukkan United tidak perlu berbelanja besar.

Turut menjadi bualan sekarang ini ialah prestasi Mason Greenwood yang meledak tiga gol dalam dua perlawanan terakhir.

"Mesti ada sesuatu yang realistik. Saya rasa seluruh dunia sudah berubah, terutama dalam aspek kewangan.

"Jadi setiap kali saya membawa cadangan di depan Ed, saya rasa ia sesuatu yang masuk akal dan realistik. Saya rasa saya sudah membuktikan kepada kelab bahawa saya sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik untuk kelab," katanya.

Kembalinya Pogba ke tahap kecergasan dan prestasi sebenar menjadi faktor utama kelab itu mencatat empat kemenangan dan satu seri dalam lima perlawanan sejak liga disambung semula. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 3:37 PM