AKSI panas antara United dan Villa di Old Trafford yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang 3-0. FOTO AFP
AKSI panas antara United dan Villa di Old Trafford yang menyaksikan pasukan tuan rumah menang 3-0. FOTO AFP
AFP

MANCHESTER United diberikan bantuan kontroversi melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) untuk mencatat kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa, sementara itu Tottenham pula kecewa apabila tidak mendapat kelebihan sistem berkenaan tatkala mereka hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan berdepan Bournemouth.

Villa yang menduduki pasukan ranking kedua terbawah kurang empat untuk keluar dari zon penyingkiran dan mereka masih belum mencatatkan kesemua enam perlawanan sejak liga disambung semula.

Kontroversi mengenai VAR turut menyelubungi Dean Court, dengan Tottenham berada dalam keadaan bahaya gagal beraksi di kejohan Eropah buat kali pertama sejak musim 2009/10.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho terlepas peluang untuk memperoleh sepakan penalti selepas Josh King menolak Harry Kane dalam kawasan penalti namun pengadil tidak memberikannya walaupun jelas perbuatan berkenaan melalui VAR

Turut mencatat keputusan seri ialah antara Everton dan Southampton apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 8:05 AM