Pemain skuad Kebangsaan menjalani latihan di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO File NSTP
Pemain skuad Kebangsaan menjalani latihan di Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur. FOTO File NSTP
Aida Adilah Mat


KEJOHANAN Piala Razak yang akan berlangsung pada Ogos ini akan menjadi pertandingan pertama untuk sukan hoki negara selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pertandingan sukan dianjurkan semula.

Untuk memeriahkan lagi kejohanan berkenaan, setiap pemain kebangsaan dibenarkan beraksi bersama negeri masing-masing selepas hanya ada satu kejohanan utama akan berlangsung iaitu Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia di Dhaka, Bangladesh, November ini.

Perkara itu turut mendapat kelulusan daripada Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal dan ketua jurulatih hoki negara, Roelant Oltmans.

"Kebenaran untuk membenarkan pemain kebangsaan mewakili negeri masing-masing itu adalah bertujuan untuk memberi suntikan moral buat pemain remaja yang pastinya gembira dapat beraksi bersama-sama pemain kebangsaan.

Ia adalah penting untuk membina keyakinan mereka pada masa akan datang.

"Disamping itu juga, kehadiran pemain senior ini mampu mengangkat kejohanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi," katanya yang turut memaklumkan saingan liga hoki remaja akan bermula November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Julai 2020 @ 9:11 PM