X
STADE de France mampu memuatkan seramai 80,000 penyokong. FOTO Agensi
STADE de France mampu memuatkan seramai 80,000 penyokong. FOTO Agensi
AFP

PENYOKONG Saint Etienne merancang untuk memboikot final Piala Perancis bertemu Paris Saint-Germain (PSG) sebagai tanda protes jumlah terhad penonton dibenarkan ke stadium untuk menangani pandemik Covid-19.

Aksi final akan berlangsung di Stade de France di Paris yang mampu memuatkan seramai 80,000 penyokong pada satu-satu masa yang dijadualkan 24 Julai depan.

Bagaimanapun di bawah peraturan kerajaan, hanya 5,000 penonton dibenarkan menyaksikan perlawanan di stadium.

"Berdasarkan persetujuan bersama kelab, tempat duduk yang disediakan untuk kami akan kekal dikosongkan," kata satu kenyataan yang mewakili lima kumpulan penyokong.

"Sebanyak 900 tempat duduk untuk penyokong dan kami memutuskan tidak ada sesiapa pun daripada lima kumpulan penyokong ini akan memberi sokongan kepada kelab di Paris.

"Ia akan menjadi tanggungjawab setiap barisan pemain untuk menggalas tugas mewakili rakyat dan bandar Saint Etienne," kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 9:57 AM