ANUAR meninggal dunia akibat komplikasi jantung. FOTO FB Felda United FC
ANUAR meninggal dunia akibat komplikasi jantung. FOTO FB Felda United FC
Syazwan Msar


PRESIDEN Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) Anuar Malek kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3 pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Perkara terbabit disahkan pengurusan Felda United selepas Allahyarham mendapat rawatan susulan berkaitan penyakit terbabit.

Allahyarham adalah seorang Presiden yang komited dalam membangunkan FUFC sejak penubuhan kelab terbabit.

Malah, Allahyarham turut mengambil berat kebajikan pemain dan pasukan sekali gus disegani banyak pihak menerusi usaha yang dilakukannya sepanjang memegang jawatan berkenaan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Seremban.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 12:41 PM