X
LAMPARD akui Sheffield United lebih baik berbanding anak buahnya. FOTO AFP
LAMPARD akui Sheffield United lebih baik berbanding anak buahnya. FOTO AFP
AFP

FRANK Lampard memberi amaran kepada barisan pemainnya bahawa beliau tidak akan melupakan pengajaran daripada kekalahan 0-3 di Sheffield United hari ini.

Skuad bimbingan Lampard menerima hukuman akibat kerapuhan benteng pertahanan di Bramall Lane yang menyaksikan David McGoldrick meledak dua gol manakala satu lagi gol disumbangkan oleh Oli McBurnie.

Ia adalah satu lagi aksi mengecewakan dipamerkan Chelsea yang sebelum ini tewas 2-3 kepada West Ham selepas aksi liga bersambung semula.

"Lawan lebih baik berbanding kami daripada sudut fizikal, mental dan penguasaan bola.

"Mereka lebih kuat. Anda dapat mendengar bunyi bising dan ia adalah suara barisan pemain Sheffield United voices.

"Mereka adalah pasukan yang bagus. Jika anda hadir ke sini dan beraksi di bawah tahap sebenar, inilah yang akan berlaku.

"Pergerakan kami amat perlahan dan dan barisan pemain sayap tidak berfungsi dengan baik. Kami cuba untuk mengawal permainan yang kami gagal. Ketika ketinggalan 0-2, ia menjadikan situasi lebih sukar.

"Banyak yang saya pelajari daripada kekalahan ini dan saya tidak akan melupakannya," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Julai 2020 @ 8:55 AM