KLOPP (kanan) berkata sesuatu kepada pengadil selepas tamat perlawanan bertemu Burnley di Anfield, Sabtu lalu. FOTO AFP
KLOPP (kanan) berkata sesuatu kepada pengadil selepas tamat perlawanan bertemu Burnley di Anfield, Sabtu lalu. FOTO AFP
Agensi

JURGEN Klopp berkata beliau akan terus membimbing Liverpool sehingga empat musim lagi sebelum kembali ke negara asalnya, Jerman.

Klopp membantu Reds memenangi kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama musim ini, lima tahun selepas menggantikan Brendan Rodgers di Anfield.

Pengendali itu menandatangani kontrak baharu bersama Liverpool pada Disember 2019 yang menyaksikannya kekal sehingga 2024 sekiranya tidak dipecat.

Klopp dilihat benar-benar mahu menghabiskan kontraknya di Liverpool meskipun sebelum ini pernah menyatakan mahu berehat.

Ketika ditanya adakah beliau mahu kembali ke Jerman, Klopp berkata kepada SWR Sport: "Ia sudah tentu, selepas tamat karier saya. Mungkin saya akan ke Mainz."

Klopp berkata apabila kembali ke Jerman, dia mengakui tidak mahu berbuat apa-apa selama setahun.

Selepas itu, dia mengesahkan bahawa mungkin berminat untuk menguruskan pasukan tetapi menambah mungkin juga akan bersara daripada bola sepak.

"Dalam tempoh lima tahun, dunia akan sekali lagi nampak berbeza," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 1:03 PM