NEUER mendapata perhatian media Jerman selepas menyanyikan lagu kontroversi. FOTO AFP
NEUER mendapata perhatian media Jerman selepas menyanyikan lagu kontroversi. FOTO AFP
AFP

SATU rakaman video menunjukkan ketua pasukan Jerman dan Bayern Munich, Manuel Neuer menyanyikan lagu Croatia yang mempunyai hubungan nasionalis sayap kanan ketika sedang bercuti.

Dalam video berkenaan, Neuer, 34, dapat dilihat berada dalam sekumpulan pelancong di sebuah bar di tepi pantai menyanyikan lagu 'Lijepa li si' (You are beautiful) yang dipopularkan oleh penyanyi kontroversi Croatia, Marko Perkovic atau dikenali sebagai 'Thompson'.

Perkovic, yang dikenali sebagai individu yang sangat bersimpati dengan rejim pro-Nazi Perang Dunia Kedua Croatia, mendapat gelaran Thompson iaitu senjata yang digunakan ketika peperangan di negara berkenaan untuk mendapat kemerdekaan pada awal 90-an.

Neuer, yang mengetuai Jerman sejak 2016, bercuti dengan rakan-rakannya termasuk jurulatih penjaga gol Bayern, Toni Tapalovic berdekatan Laut Adriatik.

Neuer masih belum memberi komen mengenai video berkenaan namun pengurus peribadinya memberitahu akhbar harian Jerman, Bild bahawa pemain berkenaan tidak pandai berbahasa Croatia.

Pegawai media dari Bayern Munich menolak untuk memberi sebarang komen ketika dihubungi AFP.

Megazine Focus mendakwa Neuer adalah sangat naif untuk memikirkan bahawa rakaman video berkenaan tidak akan diambil peduli oleh pihak media.

Dalam masa sama menganggap bahawa Neuer akan menyokong idea nasionalis Croatia disebabkan lagu berkenaan adalah satu tuduhan yang keterlaluan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 11:54 PM