X
Justin Kluivert
Justin Kluivert
Agensi

SAYAP Roma, Justin Kluivert dilaporkan kekal sebagai sasaran perpindahan buat Arsenal.

Beberapa minggu kebelakangan ini, jangkaan menyatakan Gunners dijangka akan menandatangani pemain Belanda itu apabila membincangkan status Henrikh Mkhitaryan iaitu pemain yang dipinjamkan ke kelab berkenaan.

Sekalipun tiada kata putus dibuat mengenai kemungkinan pertukaran perjanjian itu, Corriere dello Sport mendakwa Arsenal berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Walaupun Kluivert sukar memburu tempat di Stadio Olimpico sejak 2018, sembilan gol dijaringkan dalam 64 penampilan di semua kejohanan.

Roma dilaporkan menilaikan pemain berusia 21 tahun itu sekitar £27 juta (RM144.7 juta), yuran yang dianggap tinggi melainkan Arsenal berjaya melakukan penjualan pemainnya.

Bekas pemain Ajax itu masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun bersama kelab Serie A Itali berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2020 @ 10:13 AM