CALLEGARI (kanan) dipecat selepas menghina Son. FOTO Agensi
CALLEGARI (kanan) dipecat selepas menghina Son. FOTO Agensi
Agensi

ARSENAL Fan TV memecat Claude Callegari selepas melemparkan kenyataan berbaur rasis mengenai bintang Tottenham, Son Heung-min.

Pengkritik berusia 56 tahun itu berkata 'DVD keluar' ketika bintang Korea Selatan itu dikeluarkan pada perlawanan seteru setempat Utara London dengan Arsenal.

Ia menggambarkan seorang berbangsa Asia yang sering dilabel menjual DVD.

Pemilik saluran itu, Robbie Lyle memohon maaf secara terbuka di akaun Twitter berikutan insiden berkenaan.

"Saya ingin memohon maaf atas perkataan menghina yang didengari di AFTV pada Ahad lalu serta bertanggungjawab ke atas video yang disiarkan hari ini di mana kami gagal meminta maaf dan mengambil tindakan untuk memberi komen.

"Sebagai saluran yang mempunyai berjuta-juta pengikut di seluruh dunia, saya menyedari kesan kenyataan yang dibuat oleh saya atau mereka yang bersama di saluran ini.

"Paling penting ialah kami tidak akan membenarkan kenyataan yang menghina mana-mana pihak.

"Untuk itu, tindakan paling tepat adalah menyingkirkan Claude daripada saluran kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 12:03 AM