PESERTA bergambar pada majis pelancaran Jom Golf ke Melaka baru-baru ini. FOTO Ihsan penganjur
PESERTA bergambar pada majis pelancaran Jom Golf ke Melaka baru-baru ini. FOTO Ihsan penganjur

DALAM usaha menghidupkan semula industri pelancongan domestik yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19, Melaka sedang mengatur beberapa program untuk menarik pengunjung.

Baru-baru ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali melancarkan program 'Jom Golf ke Melaka' bagi menarik minat bermain golf di negeri itu sambil membawa keluarga.

Majlis pelancaran berlangsung di Tiara Melaka Golf and Country Club di Bukit Katil yang di kelolakan oleh Persatuan Golf Negeri Melaka (PGNM).

"Kerajaan negeri menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh PGNM untuk menghidupkan kembali aktiviti bermain golf serta menarik pelancong ke negeri ini," kata Sulaiman.

Pengarah program, Datuk AS Khamis berkata, program itu akan di selaraskan bayaran yuran yang sama di semua kelab golf di Melaka iaitu sebanyak RM98 untuk pemain luar dan dan RM75 bagi mana-mana yang menjadi ahli kelab golf di Melaka, sehingga 31 Disember ini.

Kelab yang terlibat ada kelab Golf A'Famosa, Kelab Golf Ayer Keroh, Kelab golf Orna dan Kelab Golf Country Club dan Tiara.

Bagaimanapun Kelab Golf Jasin Heritage menawarkan kadar bayaran sebanyak RM75 untuk bukan ahli dan RM60 untuk ahli.

Presiden PGNM, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata, program itu berfungsi sebagai usaha untuk meningkatkan aktiviti bermain golf di negeri ini kerana tawaran istimewa itu hanya terdapat di Melaka.

"Kami mensasarkan lebih ramai pemain golf datang bermain di sini kerana Melaka adalah destinasi golf yang popular di Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 10:01 PM